𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐑𝐍𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐘𝐀𝐌 𝐓𝐔𝐍𝐊𝐔 𝐌𝐀𝐇𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐆𝐀𝐌𝐀𝐓
YBhg Tuan Haji Nasri Bin Md. Ali , Pegawai Daerah Segamat telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Fasa 2 dan Fasa 3 bulan Ogos bertempat di Mukim Labis, Gemereh, Sg. Segamat dan Jabi.
Penerima yang terpilih adalah keluarga yang terkesan dengan pandemik Covid19, bencana rumah terbakar, mempunyai tanggungan yang ramai, menghidap penyakit yang membataskan pergerakan dan juga keluarga dhaif.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir seperti penyakit, kemiskinan, tiada pekerjaan dan sebagainya.
Menjunjung Setinggi-Tinggi Kasih DYAM Tunku Mahkota Johor atas kurniaan tersebut. Semoga setiap penerima akan terus tabah dan cekal serta mampu meneruskan kesinambungan hidup yang lebih baik pada masa akan datang.
Turut hadir Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat serta pentadbiran Mukim.